Tuesday, February 25, 2014

Pelbagai Lagi Khasiat Lecithin

Selain berfungsi untuk memecahkan lemak, Lecithin bukan sahaja membantu anda dalam usaha menurunkan berat badan, namun ia juga mempunyai pelbagai khasiat lain. Antara khasiat lecithin yang lain adalah meningkatkan kesihatan jantung dan hati, menurunkan kolestrol, dan meningkatkan fungsi otak. Bahan ini biasanya terdapat di dalam makanan seperti ikan, telur, kekacang dan juga dalam bentuk supplemen yang boleh diperolehi di pusat makanan kesihatan.

Lecithin mengandungi asid lemak penting yang diperlukan oleh badan manusia tetapi tidak boleh menghasilkan sendiri. Asid lemak adalah penting untuk mengekalkan kesihatan selular, dan mereka juga membantu untuk menyokong fungsi kognitif, kesihatan kardiovaskular, dan kesihatan mata. Asid lemak juga boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit kesihatan rambut dan biasanya mempunyai ciri-ciri anti-radang.

Salah satu khasiat kesihatan lecithin yang diketahuin ramai adalah peranannya dalam menyokong kesihatan kardiovaskular. Lecithin membantu badan memecahkan dan membuang kolesterol LDL jahat dan lemak melalui saluran darah untuk membantu mencegah arteri tersumbat. Lecithin turut menyokong kesihatan hati dengan mencegah pengumpulan lemak di dalam hati.

Sumber : wiseGeek



MENGAPA SHAKLEE
* Kacang soya - sumber semulajadi yang terpilih.
* Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
* Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
* Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
78 mg phosphatidycholine
47 mg phosphatidylinositol

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi. 

Sumber : Genkimomma

Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Bagaimana Cara untuk Kempiskan Perut Buncit?

Masalah perut buncit sering dikaitkan dengan lelaki yang telah berkahwin, namun ada juga di kalangan wanita yang mengalami masalah ini. Malah lebih teruk dan memalukan jika ada yang menyangka anda mengandung sedangkan sebenarnya TIDAK!



Antara faktor penyebab perut buncit adalah :
  • Keturunan
  • Faktor Penuaan
  • Alkohol
  • Tembakau
  • Stress
  • Perubahan hormon
  • Makanan Segera
  • Tidur Selepas Makan
  • Gula-gula Getah
Untuk mengatasi masalah perut buncit, di Shaklee anda boleh cuba mengamalkan Herb-lax, Alfalfa atau Omegaguard. Ketiga-tiga ini berfungsi untuk memecahkan & membakar lemak seterusnya membantu dalam proses detoks.

Ini disahkan oleh Pakar Kecergasan saudara Kevin Zahari :

" Kandungan utama minyak ikan adalah omega-3. Tambahkan supplemen minyak ikan ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu melawan lemak tepu dan kolestrol yang jahat. Selain itu Omega-3 ini juga dapat membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, kembung, tuna dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik'. Sumber : mazsheathboutique





Lecithin pula bertindak untuk :
  • Proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  •  Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


Manakala Herb-lax berfungsi :


Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.
Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-Lax yang lembut boleh membantu. Ia turut membantu proses detoksifikasi usus. Sumber : Shaklee Malaysia


Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.







Monday, February 24, 2014

Pengedar Shaklee Bandar Saujana Putra

Bagi anda yang berada di kawasan Bandar Saujana Putra, berita baik kerana anda boleh mendapatkan produk Shaklee terus daripada pengedar kami, Puan Zazalinda

Bagaimana caranya  anda boleh menghubungi Puan Zazalinda?
  • Whatsapp/ SMS terus ke talian : 0125779247/0162730287
  • Email ke :  za_za84@yahoo.com
  • PM/Live Chat Facebook : Zaza Linda
Puan Zaza akan membantu anda dan memberi konsultansi berterusan berkenaan produk yang anda cari ! Jangan lepaskan peluang untuk anda yang berada di kawasan berdekatan. Warga BSP dan kawasan sekitar hubungi Puan Zaza secepat mungkin! 

Puan Zaza adalah antara pengguna yang konsisten dan berpuas hati dengan hasil pengambilan vitamin Shaklee ini. Malah ramai yang memuji kulit beliau yang semakin cerah. Untuk mengetahui rahsia Pn Zaza, hubungi beliau di talian diatas :)


Pengedar Shaklee Bandar Saujana Putra







Sunday, February 23, 2014

Pengedar Shaklee Petaling Jaya, Ampang


Bagi anda yang berada di kawasan Petaling Jaya dan juga Ampang, berita baik kerana anda boleh mendapatkan produk Shaklee terus daripada pengedar kami, Puan Sabariah Saari. 

Bagaimana caranya  anda boleh menghubungi Puan Sabariah?
  • Whatsapp/ SMS terus ke talian : 0172837202
  • Email ke : sabariahs@gmail.com
  • PM/Live Chat Facebook : https://www.facebook.com/sabbytun
Puan Sabariah akan membantu anda dan memberi konsultansi berterusan berkenaan produk yang anda cari ! Jangan lepaskan peluang untuk anda yang berada di kawasan berdekatan. Hubungi Puan Sabby sekarang :)

Pengedar Shaklee Petaling Jaya, Ampang


Saturday, February 22, 2014

Tingkatkan Metabolisma dengan Cinch Energy TeaMix

Setiap wanita dan lelaki mengidamkan tubuh badan yang sihat, langsing dan rapi. Untuk mendapatkan tubuh badan yang diidamkan anda haruslah sentiasa menjaga pemakanan seperti makan mengikut kalori yang betul, melakukan senaman yang bersesuaian dan pengambilan supplemen juga boleh membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Kadar metabolisme juga salah satu daripada perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses menghilangkan lemak yang berlebihan. Ada dikalangan kita yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi dan ada juga yang rendah.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kadar metabolisma badan. Antaranya :
  • Minum air yang secukupnya
  • Mengambil suplemen kalsium
  • Memakan snek (sihat) dengan kerap
  • Tidur yang mencukupi
  • Jangan stress
  • Sinar mentari yang baik
  • Lakukan senaman menggunakan pemberat
  • Pengambilan suplemen Vitamin C
  • Makan makanan pedas
  • Minum teh hijau atau teh oolong
Sumber : KevinZahari

Untuk penggemar teh hijau/green tea, saya cadangkan untuk anda mencuba Cinch Energy TeaMix! Sangat menyegarkan! Saya sendiri pernah minum Teamix ini pada malam hari, dan nah, memang tepat dengan namanya, saya bertenaga sehingga mengemop rumah jam 12 tengah malam. Sangat sesuai diambil untuk pelajar-pelajar yang ingin stayup mengulangkaji pelajaran. Ya, ia sangat membantu.


  • Meningkatkan metabolisme
  • Meningkat tenaga secara semulajadi dan selamat
  • Alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
  • Peningkatan tenaga dengan segera. 
Fungsi Setiap BAHAN : 

MATCHA GREEN TEA  - antioksida yang sangat tinggi - energy booster - metabolisme booster- bakar kalori up to 4 x ganda
TAURINA- menggalakkan metabolisme- lebih bertenaga- larutkan lemak- membantu menghasilkan otot tanpa lemak
WHITE TEA- membakar lemak (lemak berlebihan)- menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu- meningkatkan metabolisme
ROOIBOS RED TEA - melarutkan lemak- meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak- agen detox yang kuat

Yang pasti ia juga didatangkan dengan sachet kecil yang mudah dibawa, dan boleh diminum panas, suam, atau sejuk.


Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Friday, February 21, 2014

Shaklee Collagen Powder untuk Anda yang Ingin Kekal Muda Remaja

Bagi memastikan kandungan kolagen kekal di dalam badan yang kita ketahui akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia, pengambilan kolagen amatlah digalakkan. Shaklee melalui penyelidikan yang telah dijalankan telah menghasilkan Shaklee Collagen Powder (SCP). SCP ini merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 




Tujuh bahan utamanya termasuk :

  • Ekstrak biji benih Camellia japonica, 
  • Ekstrak Pfaffia, 
  • Kolagen ikan, 
  • Ekstrak kerang-kerangan,
  • Lactobacillus acidophilus, 
  • Vitamin C 
  • Vitamin B 


yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Sumber : Shaklee Malaysia

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder ini adalah kerana ianya diekstrak daripada sisik ikan merah. Mengapakah Shaklee memilih ikan merah ini?

Ini adalah kerana Ikan Merah ialah ikan yang tahan hidup di bawah paras laut yang dalamnya sehingga 500m dibawah aras laut, dan pada keadaan bertekanan tinggi! Ringkasnya sisik ikan merah ini sangat kuat menahan tekanan tinggi, serta merupakan sumber kolagen yang tahan lasak.

Selain diminum, anda juga boleh jadikan Shaklee Collagen Powder ini sebagai masker. Menarik bukan? Jom kita cuba!



Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;



Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.



Thursday, February 20, 2014

Kepentingan Kolagen untuk Tubuh Badan


Apakah itu Kolagen?

Kolagen ialah protein penting yang boleh didapati di seluruh badan anda. Malah, ia terdapat dalam semua tisu penghubung di dalam badan yang terdiri daripada kulit dan tulang, hingga ke organ-organ dan saluran darah. Kolagen berfungsi dengan cara yang berbeza di dalam badan. Antara fungsi-fungsi kolagen adalah :
  • Kulit - Salah satu fungsi kolagen yang paling ketara kolagen adalah sokongan yang disediakannya untuk kulit anda. Menurut Dr Eric F. Bernstein dari University of Pennsylvania School of Medicine, kolagen membentuk kira-kira 80 peratus daripada berat kering kulit anda. Kolagen menyediakan struktur untuk kulit, dan berganding bahu dengan protein lain, yang dipanggil elastin, untuk membolehkan kulit fleksibiliti yang diperlukan untuk meregangkan dan kembali ke keadaan asal sebagai badan anda bergerak.
  • Tulang - Tulang terdiri daripada campuran kolagen dan mineral yang dikenali sebagai hydroxyapatite. Kedua-dua ini sama-sama membina struktur, fleksibiliti dan kekuatan tulang anda.
  • Otot -Serat kolagen menyediakan otot anda dengan kekuatan dan struktur yang diperlukan untuk bergerak dan fungsi sepanjang hari. Serat kolagen bukan sahaja membentuk gentian otot rangka anda, tetapi mereka juga membentuk otot licin anda (seperti dalam pundi kencing dan sistem pembiakan) dan otot jantung.
  • Saluran Darah -  Kolagen membentuk dinding vena, arteri dan kapilari badan. Ini memberikan saluran kekuatan , struktur dan fleksibiliti, semua yang diperlukan untuk secara efektif mengangkut darah ke seluruh badan anda. Sumber : Livestrong



Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Kesan kekurangan Kolagen :

  • Kulit - Kedutan dan kekenduran pada kulit, jeragat hitam, bintik-bintik, pori-pori besar
  • Mata - Penglihatan kabur, lingkaran hitam, sembap
  • Gigi , Gusi- Penyakit gigi & gusi
  • Badan - Organ dalaman kurang berfungsi
  • Kuku - Mudah pecah dan kurang bersinar
  • Tulang & Sendi - Kurang kalsium, risiko Osteoporosis, sakit sendi
  • Rambut - Kering & bercabang
  • Mulut - Ulser
  • Payudara - Hilang keanjalan


Pentingnya Zinc dan Vitamin E untuk Kesuburan Lelaki

Tahukah anda Zinc dan juga Vitamin E memainkan peranan penting untuk kesihatan lelaki. Sebelum ini saya ada ceritakan khasiat Zinc yang membantu mengatasi masalah keguguran rambut tidak kira bagi lelaki mahupun wanita. 



Zinc juga menggalakkan fungsi imun untuk melawan penyakit, menyokong pertumbuhan dan perkembangan sel yang sihat. Bagi lelaki, Zinc merupakan mineral penting untuk menghasilkan tahap testosteron yang mantap, dan sel-sel prostat lelaki memerlukan kepekatan zinc yang sangat tinggi untuk bekerja secara optimum. Tahap Zinc yang rendah pada lelaki menjejaskan pengeluaran testosteron, meletakkan mereka pada risiko untuk mendapat kanser prostat, dan menyebabkan kemandulan. Zinc yang tidak mencukupi juga  dikaitkan dengan nafsu yang rendah.

Bagi mengelakkan kekurangan Zinc dalam badan, anda boleh mengambil pemakanan yang sihat yang tinggi dengan mineral Zinc seperti daging, makanan laut seperti tiram, bayam,labu, kekacang, cendawan dan lain-lain lagi. Shaklee turut menyediakan suplemen tambahan iaitu Zinc Complex untuk membantu anda mendapatkan sumber mineral yang mencukupi. 

Selain Zinc, Vitamin E juga memainkan peranan penting dalam sistem reproduktiviti lelaki. Menurut Medline Plus, Vitamin E, merupakan antioksidan yang melindungi tubuh anda daripada kerosakan akibat radikal bebas. Penyelidikan yang diterbitkan dalam isu Februari 2009 daripada "Jurnal Persatuan Perubatan India" menunjukkan bahawa tahap sperma yang rendah berhubung kait dengan kerosakan radikal bebas, dan vitamin E boleh membantu dalam mengatasi permasalahan ini. Pendek kata, Vitamin E membantu meningkatkan kesuburan lelaki dengan penghasilan sperma yang sihat.



Bagi yang beragama Islam, selepas berusaha jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah swt supaya sentiasa dipermudahkanNya untuk mendapatkan zuriat yang baik. Pengambilan suplemen ini adalah salah satu daripada usaha yang boleh anda amalkan. 



Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen  dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;



Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.





Sunday, February 16, 2014

Zinc Sembuhkan Luka Lebih Cepat

Selain dapat mengatasi masalah keguguran rambut, Zinc juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka dengan lebih cepat dan menghentikan pendarahan. Sebenarnya saya teringat kisah seorang customer yang juga ex-schoolmate yang baru melahirkan anak dan terus menghubungi saya untuk mendapatkan set berpantang. Katanya dia perlukan Zinc untuk menyembuhkan luka bersalin dan menghentikan pendarahan lebih cepat.

Jom kita dapatkan lebih info berkenaan Zinc ini. Menurut National Institute of Health (NIH), Zinc merupakan mineral penting yang hadir secara semula jadi dalam sesetengah makanan, dan boleh didapati sebagai diet tambahan. Terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperolehi daripada sumber mineral ini dan salah satu daripadanya adalah MENYEMBUHKAN LUKA.





Zinc adalah seperti 24 jam, on-call mekanik kulit. Ia membantu membaiki rosak tisu dan menyembuhkan luka. Seperti vitamin, mineral adalah penting untuk kesihatan dan perkembangan tubuh badan anda secara menyeluruh , membantu badan melalui proses tumbesaran dan menjaga dirinya. Beberapa kajian menunjukkan bahawa Zinc  mungkin berkesan dalam merawat kegatalan dan kecederaan topikal, seperti jerawat, kudis kulit dan luka-luka kecil, dengan membantu sel-sel untuk menjana semula 
[sources:American Academy of Family Physicians,TeensHealth].

Disebabkan fungsi Zinc inilah maka, ia sangat-sangat dicadangkan untuk diambil selepas sahaja melahirkan anak. Kombinasi Zinc dan Vitamin C amat baik untuk proses pemulihan dan penyembuhan luka. Selain itu, pengambilan Vita-Lea dan Ostematrix juga digalakkan untuk sumber zat besi dan juga kalsium untuk menyusukan bayi.


Untuk pertanyaan, harga istimewa dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;


Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Wednesday, February 12, 2014

Ostematrix Membantu Anda Lebih Lawas

Rata-rata mengetahui bahawa kalsium amat penting untuk kesihatan tulang dan gigi semata-mata. Namun apa yang istimewanya tentang Ostematrix daripada Shaklee ini adalah kerana ianya sangat-sangat membantu anda lebih lawas seterusnya mengatasi masalah sembelit. Selain mengambil Herblax untuk masalah sembelit, anda boleh cuba gantikan dengan Ostematrix, saya pasti anda tidak akan menyesal.

Bercakap daripada pengalaman sendiri, actually pengalaman suami yang beberapa hari tidak membuang. Kadangkala lucu juga mengingatnya. Pagi-pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, suami saya mengadu sudah beberapa hari tidak membuang. Saya dengan pantas menjawab, ' Laa..kenapa tak beritahu awal-awal, dekat rumah tu ada Herbalax..Ostematrix..boleh try makan..rugi beli kalau tak makan'. Saya rasa anda juga faham, biasalah orang lelaki, susah sikit bab-bab pengambilan supplemen. 

Jadi malam sebelum tidur, saya usahakan juga supaya sang suami mengambil 4 biji Ostematrix. Pagi esoknya saya cuba mendapatkan respon. Dia senyum sambil menjawab, 'Haah la..PROVEN'. Lega mendengarnya.



Kisah kawan saya yang berada dalam pantang juga sama. Susah hati kerana beberapa hari tidak membuang. Terus call untuk dapatkan Ostematrix sampai  meminta suaminya untuk ambil di pejabat. Ostematrix sangat-sangat membantu, dan sekarang kawan saya juga telah menjadi ahli Shaklee.


Apakah rahsia Ostematrix?

Rahsianya ialah Ostematrix bukan sekadar kalsium semata-mata. Ia didatangkan sekali dengan Magnesium+Vitamin D. Kandungan Magnesium inilah yang membantu dalam proses pelawasan. 
  • Magnesium melegakan otot di dalam usus yang membantu untuk mewujudkan pergerakan yang lebih baik dan lancar
  • Magnesium berfunsi menyerap air ke dalam kolon seterusnya melembutkan najis dan melancarkan pembuangannya daripada badan

Penting untuk kita tahu bahawa pengambilan kalsium semata-mata boleh menyebabkan sembelit, maka amat perlu untuk kita pastikan kalsium diambil bersama-sama magnesium dengan dos yang betul. Dan perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah untuk memastikan pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari. 





Untuk pertanyaan, harga istimewa dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;


Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


Mencegah dan Mengawal Diabetes dengan Vitamin Shaklee


Sebelum ini anda telah mengetahui serba sedikit berkenaan apakah penyakit diabetes, simptom-simptom yang berkaitan serta risiko yang akan dihadapi sekiranya anda disahkan menghidap penyakit diabetes ini.

Ya, sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat. Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun, Diabetes Type 1 tidak dapat dicegah. Akan tetapi Diabetes Type 2 dapat dicegah dengan menerapkan cara hidup yang sihat.


  • Makan makanan sihat yang rendah kalori dan lemak
  • Melakukan aktiviti fizikal seperti beriadah
  • Sentiasa menjaga berat badan yang ideal


Selain itu, pengambilan suplemen juga boleh diamalkan untuk langkah pencegahan dan dalam masa yang sama merawat penyakit ini. Shaklee mencadangkan beberapa vitamin yang bersesuaian yang boleh diambil oleh pengidap penyakit diabetes. Antaranya ialah :

Zinc Complex - Mengurangkan kandungan gula dalam badan, begitu juga dengan kolestrol, membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka. Sumber : peakhealthadvocate


B-ComplexMenukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan. Ia juga membantu mengurangkan lemak darah dan kolesterol dalam badan. Juga mengurangkan risiko individu untuk penyakit kardiovaskular tertentu dan mengurangkan hilang daya ingatan dan kemurungan
GLA Complex - Mengurangkan simptom seperti gatal, bengkak, menggelupas, kekeringan dan simptom sakit sendi. Mengimbangi hormon insulin.


Sustained Release Vitamin C - berupaya untuk menurunkan tahap sorbitol, gula alkohol yang boleh berkumpul dalam sel-sel dan merosakkan mata, buah pinggang, dan saraf 




Suka juga untuk saya ingatkan pembaca semua bahawa anda juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor supaya pengambilan suplemen tidak mengganggu pengambilan ubat (sekiranya ada) anda. Anda masih boleh berikhtiar dengan Shaklee namun cuba jarakkan pengambilan ubat dan juga suplemen tambahan ini.

Untuk pertanyaan, harga istimewa dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;


Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


Kenali Penyakit Diabetes


Diabetes atau kencing manis adalah satu kumpulan penyakit metabolik di mana seseorang itu mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam badan. Ia adalah disebabkan sama ada kerana pankreas tidak menghasilkan cukup insulin, atau kerana sel-sel tidak bertindak balas terhadap insulin yang dihasilkan.

Insulin amat penting untuk menukarkan kandungan gula dalam badan kepada tenaga. Terdapat  3 jenis penyakit diabetes iaitu :

  1. Type 1 Diabetes - Apabila badan tidak menghasilkan insulin
  2. Type 2 Diabetes - Apabila badan tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk fungsi yang sepatutnya, atau sel-sel dalam badan tidak bertindak balas terhadap insulin (rintangan insulin).
  3. Gestational Diabetes - Berlaku kepada wanita yang hamil. Sesetengah wanita mempunyai tahap yang sangat tinggi glukosa dalam darah mereka, dan badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel mereka, menyebabkan tahap kenaikan glukosa secara progresif.



Antara simptom-simptom untuk mengetahui samada anda menghidap penyakit diabetes adalah :


Pengidap diabetes berisiko untuk mendapat penyakit jantung, strok,mata buta, lumpuh dan sesetengahnya perlu memotong anggota badan. Kesan-kesan lain adalah jangkitan pada kulit, lebih mudah mendapat jangkitan paru-paru, juga jangkitan atau ulser pada kaki disebabkan saraf yang kurang mendapat rangsangan. Sumber : Dr Nurul Yusof



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...