Wednesday, January 29, 2014

Runsing dengan Masalah Keguguran Rambut?


Sudah beberapa kali saya mendapat maklumbalas yang baik daripada pelanggan yang mengamalkan Zinc Complex daripada Shaklee. Rata-rata menyatakan masalah keguguran rambut berkurangan dan baru-baru ini suami kepada kawan saya juga turut memberitahu bahawa rambut beliau semakin lebat. Teruja dan gembira saya mendengarnya dan kerana dapat berkongsi sesuatu yang baik untuk diamalkan.

Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa sejumlah 90 peratus daripada rambut di atas kepala kita menjalani tumbesaran dan hanya 10 peratus berada dalam fasa rehat, yang bertahan untuk beberapa bulan sebelum ia gugur dan rambut baru akan mula menjelma.

Perkara biasa jika sesiapa mengalami masalah keguguran rambut setiap hari dan ada kalanya ia berlaku secara ketara dan tiba-tiba, baik kanak-kanak, orang muda atau tua, lelaki dan perempuan. 

Apabila sebahagian kepala kehilangan rambut dan licin, bahagian itu digelar ‘botak’ dan corak ‘botak’ yang biasa kelihatan ialah corak botak lelaki atau “male-pattern baldness’ atau botak yang kekal.

Ia juga dikenali sebagai botak ‘androgenetic’. Corak botak begini sering dialami lelaki dan ia ada kaitan dengan baka. Lelaki yang mengalami masalah ini sejak usia muda akan mendapati corak kebotakannya ketara dan ia bermula dari atas dan turun ke bawah. 

Wanita juga boleh mengalami corak kebotakan lelaki. Rambut mereka menjadi halus dan kulit kepala akan kelihatan. Lanjut di Harian Metro 





Walaubagaimanapun, kita perlu tahu apakah punca yang menyebabkan keguguran rambut boleh berlaku.
  • Keguguran rambut secara tiba-tiba selepas dua atau tiga bulan sembuh daripada penyakit, biasanya berlaku disebabkan tekanan penyakit dan ianya hanya sementara
  • Tekanan hormon
  • Pundi tiroid aktif atau kurang aktif
  • Hormon testosterone yang tidak seimbang
  • Bagi wanita pula, disebabkan putaran haid yang tidak menentu
  • Selepas kehamilan atau di peringkat menopause
  • Kesan sampingan sesetengah ubat seperti  ubat mencairkan darah, ubat untuk penyakit gout dan tekanan darah tinggi, pil merancang keluarga dan ubat ‘antidepressant’ atau ubat pengawal kemurungan. 

Kekurangan nutrien yang sepatutnya menyumbang kepada punca-punca seperti dinyatakan di atas. Anda boleh cuba mengamalkan petua -petua berikut :

  • Memotong rambut pendek sedikit supaya lebih mudah untuk diuruskan
  • Menggunakan syampu yang bersesuaian dan mempunyai Vitamin B atau berasaskan minyak kelapa
  • Gunakan sikat rambut yang lembut dan jangan menyikat rambut semasa rambut basah
  • Mengambil makanan yang berkhasiat yang kaya dengan vitamin B, protein dan zat besi.

Antara supplemen  yang dicadangkan oleh Shaklee bagi meningkatkan kesuburan rambut ini adalah  Vitalea Iron Formula (sumber multivitamin dan zat besi) , Zinc Complex (menstabilkan hormon) , B Complex (sumber vitamin B yang bertindak sebagai anti stress), ESP (sumber protein) . Selain boleh mengatasi masalah keguguran rambut, pada masa yang sama ia boleh memberikan anda kulit yang sihat.







Untuk pertanyaan, harga istimewa dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;


Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...