Sunday, November 2, 2014

RESEPI INFUSED WATER DAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE


Anda pernah dengar atau baca berkenaan Infused Water? Infused Water adalah minuman yang terdiri dari air putih yang di dalamnya dimasukkan potongan buah-buahan dan herbakemudian direndam selama beberapa waktu sehingga sari buah dan herba bercampur dengan air dan siap dinikmati. Ada juga yang menyebut Infused Water ini sebagai Spa Water. 

Banyak khasiat yang boleh kita perolehi antaranya untuk meningkatkan sistem imunisasi, membuang lemak, detox dan sebagainya. Sangat sesuai diamalkan untuk mereka yang sedang dalam usaha untuk diet, bagi mengurangkan berat badan dan kekal sihat.

Cara membuat Infused Water sangatlah mudah, iaitu dengan memasukkan potongan buah-buhan ke dalam air putih, kemudian dibiarkan selama beberapa jam sehingga sari buah keluar. Hasilnya, air putih akan memiliki aroma dan rasa sari buah yang dicampurkan ke dalamnya.

Resepi tambahan dari saya, anda boleh cuba  mencampurkan Performance Drink Shaklee ke dalam Infused Water anda. Hirisan lemon dicampur dengan Orange Flavor daripada Performance Drink merupakan kombinasi yang agak baik untuk dicuba. Selain mendapat khasiat dari Infused Water, kita juga akan dapat khasiat yang ada dalam Performance Drink, bonus bukan?






Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;


Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Thursday, July 10, 2014

Kenali dan Rawat Denggi dengan Shaklee


Baru sahaja rakan saya, seorang Dr di Klinik Kesihatan Gua Musang mengingatkan kami mengenai demam denggi yang kerap berlaku kini di group Whatsapp, dan pada hari yang sama juga saya menerima mesej bahawa suami salah seorang rakan yang lain turut dijangkiti demam denggi. Beliau bertanyakan apakah supplemen Shaklee yang boleh membantu suami beliau pulih dengan lebih cepat. 

Untuk anda yang tidak mengetahui apakah itu Denggi,  Denggi merupakan salah satu daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Manakala cara virus denggi ini tersebar adalah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit denggi kepada orang yang sihat.

Terdapat 2 jenis denggi yang paling berat iaitu :
  • Demam Hemoragik Denggi (DHF)
  • Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Bagi mereka yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada 10 bpL, keadaan sudah menjadi kritikal dan pendarahan yang ketara akan mula dan boleh membawa maut!



Tanda-tanda demam denggi pula adalah :


Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dinyatakan di atas, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Selain mengikuti nasihat doktor dan mengambil ubat sepatutnya, anda juga boleh mengambil cadangan Set Denggi Shaklee ini untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Set Denggi Shaklee merangkumi Nutriferon (membantu meningkatkan sistem imun badan) dan Performance Drink (mengelakkan badan daripada dehidrasi). Anda juga boleh mengambil Sustained Released Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun.

Selain itu, sup ketam juga dikatakan boleh membantu meningkatkan bacaan platlet darah pesakit denggi.


Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


Monday, July 7, 2014

Peppermint Ginger Plus Melegakan Angin Dalam Badan


Adakah anda seorang yang sering mengalami angin dalam badan?Saya salah seorang daripada anda! Apabila tersalah makan, atau makan tidak mengikut aturan waktu yang betul, rasa badan banyak angin hingga menyebabkan pening kepala dan muntah.

Sabtu lepas, perkara yang sama berlaku. Alkisahnya sebab terlepas sahur dan keluar pula menemani kawan membeli tudung raya. Biasalah, perempuan. Walaupun tidak bersahur, tapi untuk shopping gagah pula saya keluar di kala cuaca yang panas terik.





Dan akibatnya, balik ke rumah, sudah mula sendawa dan rasa angin dalam badan. Rasa ingin muntah pun ada. Mata asyik melihat ke arah jam sahaja, berusaha untuk bertahan sehingga masuk waktu berbuka.

Dan Alhamdulillah ,berjaya juga saya bertahan sehingga berbuka. Namun, perut masih tidak sedap dan saya hanya berbuka dengan memakan kurma dan minum sahaja. Saya mencari ubat angin di dalam peti sejuk, kalau-kalau ada saki baki dari klinik sebelum ini namun tiada. Lupa yang saya ada stok Peppermint Ginger Plus. Selepas makan sedikit nasi, (kerana PG perlu dimakan selepas meal), saya mengambil 2 biji Peppermint Ginger beserta Performance Drink. Solat dan rehat sekejap, sempat saya tertidur dalam setengah jam.

Kemudian terjaga kerana dikejutkan oleh si kecil. Dan Alhamdulillah, sakit kepala hilang dan angin dalam badan pun tiada. Biasanya, saya akan muntah jika angin dan sakit kepala, tapi 
tidak kali ini. Jadi, bagi anda yang badan kerap dimasuki angin, bolehlah mencuba PG ini. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Peppermint Ginger Plus ini seperti dibawah. 


Halia (Ginger)
Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa haliamenghalang muntah selepas pembedahan.

Peppermint (Daun Pudina)

Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit

                        
Pokok Adas (Fennal)
Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untukmenghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.



Cekur Manis (Anise)

Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.





Tuesday, July 1, 2014

Kekal Bertenaga dengan Performance Drink Sepanjang Ramadhan

Ramai yang telah berkongsi berkenaan kebaikan dan khasiat Performance Drink, lebih-lebih lagi dengan tibanya bulan Ramadhan. Saya juga pernah berkongsi dengan pembaca semua tentang Performance Drink sebelum ini.

Rakan-rakan yang lain masing-masing sibuk berkongsi dan sama-sama berpesan untuk tidak lupa mengambil PD ini terutamanya di bulan puasa ditambah lagi dengan fenomena El Nino iaitu cuaca panas yang sedang melanda. Saya turut menyimpan stok PD di rumah yang telah saya beli sebelum ini, cuma kadang-kala sahaja dibancuh.

Malah, pada hari pertama berpuasa, saya masih belum mengambil PD walaupun mengetahui pelbagai feedback yang positif daripada mereka yang mengamalkan minuman PD ini. Masuk hari kedua berpuasa, sementara menunggu waktu Isyak dan juga membuat terawikh, badan rasa agak letih dan hati terdetik untuk membancuh PD. 






Dan, baru saya tahu, no wonder stok Performance Drink habis di Shaklee Branch dan ramai berebut-rebut untuk mendapatkan PD ini! Rasa badan sangat bertenaga selepas minum dan terasa lebih ringan untuk mengerjakan terawikh pada malam itu. Rugi saya tidak mengamalkan minuman ini lebih awal. Hari ketiga berpuasa iaitu semalam saya hanya berbuka dengan Performance Drink sahaja (disamping hidangan utama yang lain), dan meminum sepanjang malam dan juga selepas sahur. Hati memang tekad untuk tidak tergoda membeli air di bazar Ramadhan.  Alhamdulillah, ia amat membantu mengekalkan tenaga walaupun berpuasa dan membantu kita juga untuk mengerjakan ibadah di malam hari. PD juga amat membantu ibu-ibu yang sedang menyusu untuk terus kekal segar dan tidak mengalami dehidrasi. 

Antara testimoni daripada mereka yang telah mengamalkan pengambilan PD Shaklee untuk dikongsi dan mendapat manfaat bersama.









Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


Tuesday, June 3, 2014

Hand Dish Wash Membuang Kotoran dan Menyingkirkan Minyak dengan Mudah


Saya baru sahaja mencuba satu lagi Get Clean Produk iaitu Dish Wash. Sebenarnya telah masuk botol pencuci yang kedua. Apa yang menariknya tentang Dish Wash ini adalah kerana ianya diperbuat daripada bahan semulajadi jadi kita tidak perlu risau dengan kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya.

Malah, saya juga tidak ragu-ragu untuk menggunakan Shaklee Dish Wash ini untuk mencuci botol susu anak. Menjimatkan bukan? Pencuci 2 in 1, pinggan dan juga botol susu. Kenapa perlu kita bazirkan duit untuk membeli pencuci botol yang lain sedangkan Dish Wash
selamat untuk digunakan. Kita juga boleh melatih anak-anak kecil untuk membasuh pinggan masing-masing kerana ianya selamat digunakan.


Hanya perlu titiskan sedikit di dalam air (dilute) dan boleh terus digunakan untuk cucian harian pinggan mangkuk dan juga botol.


Jom kita ketahui apakah keistimewaan Get Clean Dish Wash ini.

Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Cucian Tangan
Jika kami sering mengatakan yang Pencuci Wangian Pinggan kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda berfikiran yang ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda. Tetapi percayalah, anda hanya memerlukan beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. 

Get Clean Dish Wash ternyata:  


•  Lembut pada tangan
•  Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
•  Tahan lama kerana kepekatannya
•  Menjadikan pinggan bersih berkilau
•  Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

Selamat
Tidak bertoksik
Hipoalergenik
Tanpa klorin
Lembut pada tangan
pH seimbang
Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan
Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
Buih Sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam
Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
Biorosot
Tanpa fosfat
Bungkusan boleh dikitar semula
Tanpa bahan pewarna
Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Sumber : Shaklee Malaysia 


Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.



Friday, May 2, 2014

PROMOSI MEI SHAKLEE : MEALSHAKES BUY 6 FREE 1!



Berita yang ditunggu telah pun tiba! Begitulah rutin setiap awal bulan, pengamal vitamin Shaklee pasti akan menantikan promosi yang akan diberikan kepada anda semua. Dan Mei ini, dapatkan promosi Beli 6 Percuma 1 Mealshakes Shaklee yang penuh dengan khasiat dan keistimewaannya!

Anak anda kurang selera makan? Selalu demam dan selsema? Kurang berat badan? Sering sembelit? Pengidap penyakit asma? 

Anak anda mengalami simptom-simptom di atas? Jangan runsing dan risau, kerana anda boleh berikhtiar untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dengan memberikan multivitamin Mealshakes ini. 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Sumber : Shaklee Malaysia

Ia sangat sesuai dijadikan sarapan ringkas untuk seisi keluarga. Senang, pantas dan yang paling penting adalah ianya mengandungi khasiat yang diperlukan untuk membantu proses tumbesaran anak anda. 

Jom dapatkan Mealshakes anda hari ini! Ia juga sangat sesuai diamalkan sepanjang bulan puasa yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, cepat sebelum stok kehabisan !!



Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Wednesday, March 19, 2014

Kombinasi Hebat Mealshakes dan Omegaguard

Keadaan jerebu yang saban hari makin teruk di Malaysia pasti merunsingkan ibu-bapa yang mempunyai anak-anak, terutamanya yang perlu ke sekolah atau pusat-pusat jagaan. Saya juga sebagai ibu kepada anak yang berusia lingkungan 3 tahun juga sama seperti ibu-ibu yang lain.

Udara yang tidak sihat, akibat daripada asap yang berpunca daripada kebakaran hutan tentunya akan menjejaskan kesihatan diri kita. Setengah jam menunggu suami saya petang semalam untuk dijemput pulang dari pejabat, menyesakkan nafas saya malah mata juga terasa sakit dan pedih. Malah, anak saya juga mengalami gatal-gatal pada kulit kerana alahan ekzema kesan udara yang tidak sihat ini. Memang  kesian sangat dekat dia , setiap malam kebelakangan ini tidak dapat tidur lena , menggaru sampai ada kesan di badan.




Untuk memastikan dan meningkatkan sistem imun badan, Mealshakes dan Omegaguard boleh dijadikan sebagai salah satu langkah pencegahan. Apa yang penting adalah untuk memastikan anak-anak dan diri kita sendiri agar memperbanyakkan minum air kosong agar badan tidak terhidrat.

Mealshakes merupakan multivitamin lengkap dalam bentuk serbuk, yang turut dilengkapi dengan protein dan serat. Amat sesuai untuk diamalkan oleh kanak-kanak dan ianya berperasa Vanilla yang pastinya akan membuatkan kanak-kanak menyukainya.



Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Sumber : Shaklee Malaysia

Omegaguard pula sangat berkhasiat untuk anak-anak yang menghidap ekzema dan juga asthma. Ini adalah kerana Omegaguard mengandungi minyak ikan yang mana di dalamnya terdapat Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...