Monday, July 7, 2014

Peppermint Ginger Plus Melegakan Angin Dalam Badan


Adakah anda seorang yang sering mengalami angin dalam badan?Saya salah seorang daripada anda! Apabila tersalah makan, atau makan tidak mengikut aturan waktu yang betul, rasa badan banyak angin hingga menyebabkan pening kepala dan muntah.

Sabtu lepas, perkara yang sama berlaku. Alkisahnya sebab terlepas sahur dan keluar pula menemani kawan membeli tudung raya. Biasalah, perempuan. Walaupun tidak bersahur, tapi untuk shopping gagah pula saya keluar di kala cuaca yang panas terik.





Dan akibatnya, balik ke rumah, sudah mula sendawa dan rasa angin dalam badan. Rasa ingin muntah pun ada. Mata asyik melihat ke arah jam sahaja, berusaha untuk bertahan sehingga masuk waktu berbuka.

Dan Alhamdulillah ,berjaya juga saya bertahan sehingga berbuka. Namun, perut masih tidak sedap dan saya hanya berbuka dengan memakan kurma dan minum sahaja. Saya mencari ubat angin di dalam peti sejuk, kalau-kalau ada saki baki dari klinik sebelum ini namun tiada. Lupa yang saya ada stok Peppermint Ginger Plus. Selepas makan sedikit nasi, (kerana PG perlu dimakan selepas meal), saya mengambil 2 biji Peppermint Ginger beserta Performance Drink. Solat dan rehat sekejap, sempat saya tertidur dalam setengah jam.

Kemudian terjaga kerana dikejutkan oleh si kecil. Dan Alhamdulillah, sakit kepala hilang dan angin dalam badan pun tiada. Biasanya, saya akan muntah jika angin dan sakit kepala, tapi 
tidak kali ini. Jadi, bagi anda yang badan kerap dimasuki angin, bolehlah mencuba PG ini. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Peppermint Ginger Plus ini seperti dibawah. 


Halia (Ginger)
Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa haliamenghalang muntah selepas pembedahan.

Peppermint (Daun Pudina)

Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit

                        
Pokok Adas (Fennal)
Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untukmenghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.



Cekur Manis (Anise)

Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;

Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...