Wednesday, February 12, 2014

Kenali Penyakit Diabetes


Diabetes atau kencing manis adalah satu kumpulan penyakit metabolik di mana seseorang itu mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam badan. Ia adalah disebabkan sama ada kerana pankreas tidak menghasilkan cukup insulin, atau kerana sel-sel tidak bertindak balas terhadap insulin yang dihasilkan.

Insulin amat penting untuk menukarkan kandungan gula dalam badan kepada tenaga. Terdapat  3 jenis penyakit diabetes iaitu :

  1. Type 1 Diabetes - Apabila badan tidak menghasilkan insulin
  2. Type 2 Diabetes - Apabila badan tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk fungsi yang sepatutnya, atau sel-sel dalam badan tidak bertindak balas terhadap insulin (rintangan insulin).
  3. Gestational Diabetes - Berlaku kepada wanita yang hamil. Sesetengah wanita mempunyai tahap yang sangat tinggi glukosa dalam darah mereka, dan badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel mereka, menyebabkan tahap kenaikan glukosa secara progresif.



Antara simptom-simptom untuk mengetahui samada anda menghidap penyakit diabetes adalah :


Pengidap diabetes berisiko untuk mendapat penyakit jantung, strok,mata buta, lumpuh dan sesetengahnya perlu memotong anggota badan. Kesan-kesan lain adalah jangkitan pada kulit, lebih mudah mendapat jangkitan paru-paru, juga jangkitan atau ulser pada kaki disebabkan saraf yang kurang mendapat rangsangan. Sumber : Dr Nurul Yusof



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...