Tuesday, April 23, 2013

Zinc mengurangkan keguguran rambut



Keguguran rambut adalah perkara normal yang biasa dihadapi oleh wanita yang bersalin, iaitu semasa fasa berpantang. Orang tua-tua mengaitkan anak yang mula menyembur menyebabkan rambut gugur dan mungkin perubahan hormon sebelum dan selepas bersalin menyebabkan keguguran rambut yang ketara.

Menurut Pakar Pemakanan Rambut 101 Hair Care, Fanny Ling, rambut mengalami dua fasa iaitu pertumbuhan dan fasa rehat iaitu rambut akan kekal dan gugur bagi memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru.
Namun bagi ibu yang baru saja melahirkan anak, keguguran rambut lebih ketara disebabkan hormon progestron yang dikeluarkan daripada bahagian sistem saraf otak menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang cepat. Pada masa ini rambut kelihatan berminyak, hitam dan sedikit lebat.
“Keadaan ini berubah selepas bersalin. Rambut akan mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal akan gugur. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin berlaku dalam dua hingga tiga bulan selepas bersalin,” katanya. (Sumber daripada myMetro)


Bagi mengelakkan keguguran rambut, jom kita cuba beberapa tips :
  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
  • Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  • Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.






Salah seorang ofismate saya pun ada mengambil Zinc semasa berpantang dan beliau memaklumkan yang masalah keguguran rambut berkurang compared sebelum ini. Jadi, kepada mereka yang ingin mencuba, jangan malu-malu sebelum kita semua kehilangan mahkota kita. Saya pastekan juga testimonial pengguna yang telah mencuba produk ini. :) 






Credit and Read more http://vitaminsemulajadi.com/keguguran-rambut-selepas-bersalin/

* Hubungi saya untuk mendapatkah harga istimewa. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...