Thursday, February 20, 2014

Pentingnya Zinc dan Vitamin E untuk Kesuburan Lelaki

Tahukah anda Zinc dan juga Vitamin E memainkan peranan penting untuk kesihatan lelaki. Sebelum ini saya ada ceritakan khasiat Zinc yang membantu mengatasi masalah keguguran rambut tidak kira bagi lelaki mahupun wanita. 



Zinc juga menggalakkan fungsi imun untuk melawan penyakit, menyokong pertumbuhan dan perkembangan sel yang sihat. Bagi lelaki, Zinc merupakan mineral penting untuk menghasilkan tahap testosteron yang mantap, dan sel-sel prostat lelaki memerlukan kepekatan zinc yang sangat tinggi untuk bekerja secara optimum. Tahap Zinc yang rendah pada lelaki menjejaskan pengeluaran testosteron, meletakkan mereka pada risiko untuk mendapat kanser prostat, dan menyebabkan kemandulan. Zinc yang tidak mencukupi juga  dikaitkan dengan nafsu yang rendah.

Bagi mengelakkan kekurangan Zinc dalam badan, anda boleh mengambil pemakanan yang sihat yang tinggi dengan mineral Zinc seperti daging, makanan laut seperti tiram, bayam,labu, kekacang, cendawan dan lain-lain lagi. Shaklee turut menyediakan suplemen tambahan iaitu Zinc Complex untuk membantu anda mendapatkan sumber mineral yang mencukupi. 

Selain Zinc, Vitamin E juga memainkan peranan penting dalam sistem reproduktiviti lelaki. Menurut Medline Plus, Vitamin E, merupakan antioksidan yang melindungi tubuh anda daripada kerosakan akibat radikal bebas. Penyelidikan yang diterbitkan dalam isu Februari 2009 daripada "Jurnal Persatuan Perubatan India" menunjukkan bahawa tahap sperma yang rendah berhubung kait dengan kerosakan radikal bebas, dan vitamin E boleh membantu dalam mengatasi permasalahan ini. Pendek kata, Vitamin E membantu meningkatkan kesuburan lelaki dengan penghasilan sperma yang sihat.



Bagi yang beragama Islam, selepas berusaha jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah swt supaya sentiasa dipermudahkanNya untuk mendapatkan zuriat yang baik. Pengambilan suplemen ini adalah salah satu daripada usaha yang boleh anda amalkan. 



Untuk pertanyaan, mendapatkan suplemen  dan konsultansi berterusan boleh hubungi saya ;



Your Shaklee Independent Distributor
Najmiah Ali

SMS | WA 0197732409 | 0192194709
Shaklee ID : 882647
Email :   najmiea@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...